Ari ni my hubby balik lmbt....so, anis masak pon lmbt skitla...kita makan peria telur dan ayam masak merah berjintan...masak campak2 je...
Peria Telur
Bahan-bahan (untuk 3 org makan):
1 biji peria
1 sudu besar cili giling
*1 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
*sedikit ikan bilis
*sedikit cili padi (kalo nk pedas boh byk skit)
*1/2 biji tomato
garam
1 biji telur
(bertanda * sila tumbuk)
Cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling.Goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan peria. Masak hingga sedikit layu. Masukkan garam.
4. Pecahkan telur dan kaup dgn peria hingga masak.
5. Hidangkan dengan nasi panas.
Ayam Masak Merah Berjintan
Bahan-bahan (untuk 3 org makan):
1/4 ekor ayam (potong kecil)
sedikit kunyit
garam
3 sudu besar cili giling
1 cawan asam jawa
2 sudu besar sos cili
*1 biji bawang merah
*1 sudu besar jintan putih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 biji tomato (potong 1/2 utk hiasan)(1/2 saja tumbuk)
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit daun ketumbar
(bahan * sila tumbuk)
Cara:
1. Cuci ayam dan gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng separa masak.
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, asam jawa dan garam. Perasakan.
5. Masukkan ayam yg sudah digoreng tadi.
6. Hidangkan. Hias dengan hirisan tomato, daun bawang, daun sup dan daun ketumbar.
Kak Zai: Mmgla rase die pahit...tp bagus....anis sbb mak de kencing manis takut turun kat anis...tu yg kene jage kesihatan gak....
Kak Ida: Tapi Kak Ida punye lg sedap.....
Kak Radiah: Mmg sedap tambah lg mkn ngan nasi hangat...uuuuu....
Kak Mal: mane de rajin.....wajib tuk hubby kite....kan dpt pahala tu.....kak, anis dh link k fp kak dh...tq,silala beri tunjuk ajar.....anis ni org br dlm fp n alm rmhtgga...