Want your
own Fotopage?











 


By: Nor Annyssza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Nov-2008 08:25 Email | Share | Bookmark
Usah sumpah anak elak boleh jadi doa....

Anis dapat artikel ni dalam Harian Metro tazkirah remaja bersama Mohd Zawawi Yusoh....

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Berguraulah dgn anak kamu ketika usianya 1-7 thn. Berseronoklah dgn mereka, bergurau hingga naik ats belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas 7-14 thn kita didik & ajar, kalau salah pukullah dia (sbg pengajaran)."

Dimana hendak dipukul? Telapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan di tempat sensitif.

Jika dia bijak & menang dlm sebarang pertandingan sek, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium/peluk sbg penghargaan.

Ketika usia mereka 14-21 thn, jadikan mereka kwn. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan & ini menyebabkan anak derhaka.

Yg penting anak harus dilatih solat berjemaah bersama, latih cium tangan serta peluk penuh kasih sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Saya pernah tinjau, anak lari dr rmh krn bosan. Belum sempat letak beg sek, ibu sudah suruh macam2.

Si anak tertekan dgn persekitaran rmh. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka & pergi ke sek seronok.

Mungkin ibu bapa mempunyai alasan tdk rapat dgn anak krn sibuk. Kita boleh cuba cara lain. Pulang di tgh mlm, anak2 sudah tidur, pergi bilik & cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Jgn tunjuk sikap panas baran, pemarah & kuasa veto kpd mereka. Jgn herdik mereka dgn perkataan 'bodoh', 'kurang ajar' atau sumpah seranah kerana ia boleh jadi doa kpd mereka.

Lazim org tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan berasa tercabar kerana bisa ular tidak hilang walau menyusur akar.

Saidina Umar berkata, kanak2 tidak berdosa & doa mereka mudah diterima. Begitu juga dgn Rasulullah s.a.w., kalau berjumpa anak kecil, baginda hormat dan sayang.

Lagipun kanak2 kalau menegur memang ikhlas & jgn ambil endah tak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai. Sesetengah orang tua kurang bercakap dgn anak2 & kalau menegur pun dgn herdikan.

Si anak rasa tersisih & tidak dihargai. Kpd kawan tmpt mereka mengadu, bila jumpa kwn baik tidak mengapa.

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf & bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan sewaktu hidup kita derhaka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah & bacakan ayat suci utknya. Jumpa semula kawan/jiran & buat baik dgn mereka.

Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun mereka sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu reda & Allah ampunkan dosa.

Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya. Tetapi jgn ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram.

Cuba kita perhatikan kemalangan yg berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jgn lihat dgn mata kasar, selidik apa salah yg kita lakukan.

Pertama, bagaimana hubungan dgn kita dgn Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dgn ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni& lancar.

Lazim ibu yg dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk krn x dipedulikan anak2.

Hubungan dgn bapa sepatutnya sama dgn ibu tetapi dlm konteks Islam, kalu berlaku pertembungan, Nabi s.a.w. suruh utamakan ibu dahulu.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.

Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat mengenai anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak kenal mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Sebelum balik dia berpesan kepada menantunya, menyuruh suaminya supaya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki terbabit, menyampaikan pesan kepada suaminya itu.

Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, yang isterinya bukan daripada kalangan wanita berakhlak, lalu diceraikan.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.